Pages

Monday, May 4, 2015

Bayi tidak BUANG AIR BESAR? Bahayakah???

Ehmm..ni perkara yang saya risaukan sejak petang semalam..seingat saya, Aufa tak buang air besar dari pagi semalam sampai petang ni..padahal saya da kerap susukan Aufa..kita dah biasa dia kerap buang air besar, tiba-tiba tak membuang risau pula rasa hati ni..saya tanya parents saya, jawapan mereka itu NORMAL..asalkan baby tak meragam, takde masalah..first time mother..hihi~

Kebetulan, malam ni masa tengah tengok-tengok email, terbaca berkenaan perkara ni.. walaupun masalah saya dah settle da pun petang tadi (Alhamdulillah) saya nak juga kongsikan dengan anda semua..benda baik,kan..


Katanya, baby tak buang air besar tiga hari normal.. tak perlu beri ubat, hanya tambahkan kekerapan penyusuan..tapi kalau lebih tiga hari, ada beberapa tips yang dikongsikan.. maybe ada mak-mak kat luar sana yang ada masalah ni boleh cuba pada baby masing-masing..

Caranya seperti yang tertera di bawah..jeng jeng jeng!

1. Menggerak-gerakkan kaki bayi secara perlahan
Baringkan bayi, kemudian pegang kedua pergelangan kakinya secara perlahan. Setelah itu, gerakkan secara perlahan seolah-olah sedang kayuh basikal. Aktiviti ini akan merangsang usus besar bayi bagi melancarkan pembuangan najis.

2.  Urutan pada perut bayi
Disyorkan para ibu supaya mengurut perut bayi secara perlahan-lahan dengan menggunakan minyak bayi. Hal ini akan membantu membuang angin dan melegakan perut bayi,sehingga mereka dapat membuang najis dengan mudah dan lancar.

3. Madu asli dicampur air suam
Selain susu ibu, boleh juga diberikan satu sudu kecil madu asli yang dicampurkan dengan satu cawan kecil air suam. Terpulanglah samada nak berikan guna botol susu atau disudukan ke mulut bayi.

4. Rendam bayi ke dalam air suam
Mandikan dan rendamkan bayi ke dalam air suam kerana ia dapat menyegarkan bayi sekaligus melegakan perut bayi.


Semoga perkongsian ni member manfaat pada anda semua!