Pages

Sunday, August 7, 2011

Alangkah nikmatnya~

Okaylah, oleh kerana sejak dua menjak ni asyik cakap pasal cinta, cinta, dan cinta..Mesti agak bosan kan? Kita tutup cerita tentang cinta dan kita buka lembaran baru. Kali ini saya nak cerita tentang kenikmatan pulak la kan..

Nikmat? Pasal nikmat apa pulak ni? Mesti ada yang tertanya-tanya.. Sebelum saya memulakan, marilah kita sama-sama bersyukur kerana Allah masih lagi memberi kita peluang untuk merasai nikmat bernafas, nikmat bercakap, nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat berjalan dan yang penting sekali, nikmat Iman dan Islam..

Cuba bayangkan bagaimana agaknya kita bangun-bangun sahaja dari tidur, Allah tarik nikmat kita?? Seperti contohnya, kita bangun dari tidur kita nampak gelap gelita! Tidak nampak apa-apa. Allah tarik nikmat melihat kita. Tentulah kita rasa sedih bukan? Jadi, gunakanlah nikmat yang Allah beri ini sebaik-baiknya. Ingatlah, tujuan utama kita dihidupkan.. Allah tidak menjadikan kita dengan suka-sukanya sahaja. Pasti ada tujuannya. Jadi matlamat kita hidup adalah kerana Allah.

Sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Mu'minun yang bermaksud : " Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami??" (23:115)

Saudaraku sekalian.. Apakah tujuannya kita dijadikan? Apakah tugasan kita di atas muka bumi ini? Adakah untuk berfoya-foya? Membuat kerosakan dan sebagainya? Masya-Allah..

Marilah sahabat, rakan taulan, ikhwah dan akhawat sekalian, kita mentadabbur surah Al-Mu'minun yang telah terpahat tentang kejadian kita, kebesaran Allah dan tujuan kita dijadikan. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan Rahmat yang tersimpan 1001 kebaikan yang tidak akan kita perolehi dalam sebelas bulan yang lain, kita bersama-sama berusaha untuk mencari keredhaan Allah dan menuju ke arah kebaikan. Bayangkan, betapa lamanya kita nak menantikan sebelas bulan yang akan datang jika kita melepaskan peluang Ramadhan yang kita sedang hadapi dan terbentang di depan mata sekarang ni? Sementara kita diberi peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ini, sama-samalah kita manfaatkan sebaik mungkin. Ayuh sahabatku sekalian, rebutlah dan berlumba-lumbalah dalam melakukan amal di Ramadhan yang kita kecapi ini. Betapa sayangnya Allah pada hamba-NYA dengan menyediakan bulan Ramadhan ini khas wahai sahabatku, khas untuk kita!! Ya ALLAH.. tak terkira nikmat pahala berganda-ganda yang disediakan sahabatku..

Jika nak dibandingkan bagaimana sambutan umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan ni wahai sahabatku sekalian, Masya-Allah, jauh berbeza dan betapa kerdilnya kita di kelompok berjuta malahan berbilion manusia Islam di luar sana. Mereka berlumba-lumba mempelajari Bahasa Arab untuk mendalami Al-Quran, mereka solat di tepi-tepi jalan berjemaah supaya tidak ketinggalan beramal ibadah kepada Allah, mereka mengimarahkan masjid, bersolat sunat, bertadarus, menangis-nangis memohon keampunan dan berbagai-bagai cara lagi untuk mengejar nikmat Ramadhan ini. Ya ALLAH..betapa jauhnya dan betapa kerdilnya kita..

Cuba kenangkan kembali bagaimana zaman Rasulullah, para sahabat dan umat Islam terdahulu menyambut Ramadhan. Mereka terlalu rindukan Ramadhan, ternanti-nantikan Ramadhan, tidak sabar ni nak menyambut Ramadhan! Sehingga menangis ketika Ramadhan hampir meninggalkan mereka. Tetapi kita? Asyiklah duduk menghitung hari membilang jari mengira bilakah Hari Raya akan menjelma. Sehinggakan ada yang Ramadhan pertama lagi sudah sibuk memasang lagu raya!

Ingatlah sahabatku sekalian, umur kita bukan di tangan kita dan bukan kita yang tentukan. Ubun-ubun kita dalam genggaman Allah swt. Mungkin hari ini kita bersua, esok lusa atau sekejap lagi belum tentu. Di samping ini saya mengingatkan diri saya sendiri juga yang seringkali lalai dan leka. Saya percaya sahabat sekalian lebih baik amalnya dibandingkan saya. Jika ada salah dan silap, saya mohon sahabat sekalian sudilah menegur saya agar dapat diperbetulkan. Saya juga manusia biasa yang banyak kekurangan. Semoga post ini memberi manfaat kepada saudara saudari sekalian. Insya-Allah..

Kepada para sahabat yang masih belum berbuat apa-apa, mulakanlah dari saat ini. Insya-Allah, masih belum terlambat.

Salam Ramadhan dari saya (^_^)

Friday, August 5, 2011

C.I.N.T.A~

Ya Allah..

Yang membolak-balikkan hati kami..

Selama ini aku tidak pernah

tahu bagaimana rasanya bercinta,

namun ku berharap, bila cinta hadir menyapaku,

aku tidak akan kehilangan Engkau..


Ya Allah..

Selama ini aku hanya berharap,

semoga dapat mencintai orang

yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..


Ya Allah..

Selama ini aku juga berharap,

semoga akan dicintai oleh orang

yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..


Pintaku Ya Allah..

Izinkan aku memiliki rasa ini

hingga ia menjadi indah di dada kami,

tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..

Wednesday, August 3, 2011

C.E.M.B.U.R.U.~

Ya, saya cemburu..saya cemburu dengan dia..
Siapakah dia? Insan yang pernah menjadi teman baik..
Insan yang sangat rapat dengan saya.. Saya amat menyayanginya..
Tetapi kami telah terpisah.. Kerana ilmu kami terpisah..
Membawa haluan masing-masing.. Mencari ilmu dan mendalami diri..
Khabar terakhir, dia berjaya merangkul kejayaan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan..!
Dia berjaya merangkul penghargaan sebanyak RM15 ribu! Kalau kita agaknya nak buat apa dengan penghargaan sebanyak itu? (saya berfikir sendirian..huhu) . Dia bakal melanjutkan pelajaran ke UNIMAS..

Ahh..sungguh bertuah dan untung nasib badan..Saya mengucapkan syukur dan tahniah atas kejayaanmu sahabat! Saya turut bergembira di atas kejayaan kamu dan menanamkan azam untuk lebih berusaha demi mencapai kejayaan. Itu adalah kredit buatmu seiring dengan usahamu.. Bolehkah saya cemburu?

Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara yang boleh mendatangkan kebaikan.

InsyaALLAH cemburu saya ini akan mendatangkan kebaikan kerana saya ingin berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan sepertinya.. Akan saya hadiahkan kejayaan ini untuk kedua ibubapa saya yang telah banyak berdoa demi kejayaan anak mereka yang seorang ni.. :)

Akan saya sematkan dalam hati untuk mendapat kejayaan yang terbaik sepertimana yang telah saya sematkan seawal langkah saya menjejakkan kaki ke universiti ini.. Usaha gigih ye sayang..Berusaha untuk menjadi yang terbaik.. InsyaALLAH.. Sepatutnya segala perkataan AKAN di atas ditukar kepada PASTI ! maka saya akan lebih berusaha untuk mencapainya..Chaiyok2!

Jangan patah semangat.. Yah pasti boleh..kata abah..
Berusaha bersungguh-sungguh..Jangan lupa berdoa pada ALLAH..tolak ketepi segala yang tidak penting..kata emak..
terima kasih emak..terima kasih abah..
Yah pasti hadiahkan kebahagiaan dan kebanggaan buat emak dan abah demi merawat kepedihan serta kesusahan emak dan abah selama ini..untuk menjadi pelajar terbaik keseluruhan seperti sahabat mungkin tidak sempat.. tetapi Yah pasti usaha untuk mencapai degree first honour! insyaALLAH ..amin~

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem~

Hadirnya dinanti, perginya dirindui..
Ramadhan kali ini hadir dengan sejuta kepahitan, seribu kesakitan serta berbagai kesedihan..
Aku bingung, aku buntu, aku kesal, aku hampa dan kecewa..

Moga Ramadhan ini menjadikan aku lebih bersemangat dan kuat menghadapi cabaran..
Sungguh, aku insan yang lemah.. Tak kuat diuji dengan berbagai dugaan..
Terkadang aku tersungkur ke lembah kesedihan yang bergelumang dengan berbagai kesakitan..
Aku merintih kekecewaan..
Tetapi, apabila aku disedarkan dengan peringatan bahawa ALLAH takkan menguji hamba-NYA diluar kemampuannya..membuatkan aku terfikir dan merenungi diriku.. aku bermuhasabah sendiri..
Adakah aku sekuat itu? Adakah aku setegar itu? Adakah aku segagah itu?
Hanya ALLAH yang tahu..mungkin inilah tahap kemampuanku yang tidak aku ketahui..
Ujian demi ujian hadir dan terus hadir tanpa henti..
Terkadang aku terduduk lemah tak berdaya untuk hadapi ini semua walau langkahku digagahkan..
Aku menangis kehibaan mengharapkan pemahaman..
Air mata jatuh berjuraian membasahi dan merawat hati yang kesedihan dan dalam kedukaan..
Pergilah derita, hadirlah bahagia..Bilakah masanya akan tiba? Mungkinkah aku merasainya di dunia atau di akhirat sana...

Aku cemburu melihat kebahagiaan yang mereka alami dari jauh..
Dalam diam aku berkata di dalam hati, bilakah masaku akan hadir menikmati saat bahagia seperti mereka..
Hidupnya sempurna, tiada kesedihan yang terlihat.. Tetapi hanya senyuman tepalit di bibir mereka menandakan mereka bahagia..
Aku tidak tahu bilakah masaku akan tiba..Mungkinkan akan tiba saat itu untukku?
Aku hanya berdoa ALLAH memberikan yang terbaik buatku..