Pages

Friday, July 29, 2011

Wednesday, July 27, 2011

Rezeki datang bergolek-golek~

Alhamdulillah, saya tersandar kekenyangan.. Alhamdulillah juga duit dapat dijimatkan hari ni.. Sepenuhnya! saya menyengangkan perut saya tanpa mengeluarkan duit.. itulah namanya rezeki ALLAH..kan kan kan...huhu~

Pagi tadi saya dijamu dengan bihun goreng.. Lepas tu tengah duduk-duduk kat dalam ofis terasa perut ni berkeroncong pulak kan.. Tiba-tiba che' peah datang bawak nasi lemak! wahaha~ saya suka saya suka.. makan lagi..

Petang sebelum balik dari kerja dalam kepala ni dah dok merencana mahu makan apa nanti.. Masa nak punch kad, Kak Za ajak makan bihun sup pulak!! waduh..rezeki rezeki.. saya tibai tiga mangkuk sekali!! Siap ajak adik-adik yang lalu kat situ makan sekali.. Sudahnya adik-adik tu ajak geng-geng dia semua..berduyun tiba! Siap ada yang bawak mangkuk pun ada..bungkus..licin!

Tahu tak apa yang berlaku selepas tu? Cik-cik cleaner semua buat kerja menghempas-hempas barang menunjukkan protesnya.. sebab?? sebab tiada makanan yang tinggal untuk mereka.. Maafkan saya, bukan salah saya.. Kesian che' peah.. tak pasal-pasal kena marah dengan cik cleaner tu sewaktu saya menguruskan pelajar kat dalam bilik siber..sabor je la! ..manusia owh manusia...huhu~

sekian sahaja dari saya yang kekenyangan .. wink wink ^_*

Tuesday, July 19, 2011

saya selesema chekkguu!!

Assalamualaikum,, kaifa haluk? iman di dada bagaimana pula?
hari ni da bace ma'thurat? da terlanjur cakap pasal ma'thurat ni teringat masa zaman kana-kanak dulu masa awal-awal masuk sekolah menengah. Saya masuk sekolah asrama.. Jadi ada satu petang tu kakak AJK Ibadah minta adik-adik junior yang baru masuk yang comel-comel dan sweet-sweet ni berkumpul selepas solat asar berjemaah di surau. Saya tanya pada kawan saya, "kakak ni nak suruh buat ape?". Kawan saya jawab, "entah, dia nak suruh kita baca ma'thurat".."ma'thurat?" saya tanya sendiri dalam hati.. Saya fikir, agaknya sebab kami adik-adik yang baru masuk ni mestilah rindukan ibubapa masing-masing kan? Jadi kakak ni nak suruh kita tulis surat untuk mak dan baca! Aduh, saya malu la nak baca dan nak tulis apa ni? Otak saya ligat berputar. Tiba-tiba kawan saya hulurkan sebuah buku kecil nipis berwarna ungu untuk di 'pass'kan pada kawan-kawan yang lain. Saya belek buku kecil tu dan baca kulit buku tersebut : "MA'..THU..RAT..!" ..saya tersengih sendiri. Nasib baik saya tak cakap dengan kawan saya apa yang saya fikirkan sebentar tadi.. buat malu je..!

Mane taknya, saya manalah tahu ada kitab tersebut.. yang saya tahu Yaasin sahaja. Bersyukur saya dimasukkan ke sekolah tersebut. Ilmu yang saya tak tahu bertambah. Dan saya belajar untuk berdikari dan duduk berjauhan dari ibubapa dan keluarga. Hari-hari saya menangis dan nak balik. Saya iri hati juga dengan kakak-kakak dan abang saya. Mereka tak pernah tinggal di asrama. Setiap petang juga ibubapa saya datang melawat. Sampai kakak-kakak senior naik tak suka dengan saya konon saya mengada sangat! Tiap-tiap petang mesti akan dengar nama saya di'announce' ibubapa datang.. Kadang tak payah announce diorang sedia maklum da itu parents saya, terus je panggil kat bilik.. Hehe.. dah la tiap-tiap petang datang, lepas tu saya hari-hari telefon. Jadual telefon mengikut tingkatan dan masa-masa yang ditetapkan untuk telefon habis semua saya langgar..Ada saya kesah? janji saya dapat cakap dengan family saya..hihi..

Lama kelamaan saya biasa dengan hidup berjauhan dari keluarga sehingga kini. Dalam adik beradik, saya lah yang paling banyak tak menghabiskan masa bersama keluarga dan jarang ada di rumah.

Hari ni saya rasa tak sedap badan dan rasa nak demam. Mungkin kurang rehat dan sebagainya. InsyaALLAH, kawan-kawan doakan saya cepat sembuh ya.. Kawan-kawan yang lain sila jaga kesihatan. Jaga diri.~

Monday, July 18, 2011

Ilmu ALLAH telah dimanfaatkan

Alhamdulillah, ilmu ALLAH ini telah saya manfaatkan dengan menyiapkan tugasan yang diberi. Pada jam 2.05 petang tadi saya telah berjaya create banner setelah beberapa kali percubaan sejak jam lebih kurang 9 pagi tadi. Selesai sahaja, saya terus e-mailkan kepada lecturer berkenaan dan responnya OK.. Ok je? Aishhh…Takpela, ok la tu..bersyukur dia nak respon dari takde pape respon kan? So, takdela saya nak pening kepala lagi kan.



Sebenarnya, saya rasa bersyukur juga bila lecturer ni minta saya buat benda di luar jangkaan saya ni.. Sebab, saya berjaya menambah ilmu. Kalau tak, rasenya tak mungkinlah saya akan ikut kelas photoshop tu walaupun saya memang berminat dalam edit mengedit dan ilmu kreatif ni.

Saya bersyukur kerana segalanya berjalan mengikut flow dan lancar sahaja setakat ni :- lecturer berkenaan minta tolong design banner-mimi jadi fasi untuk bengkel photoshop-saya diajak untuk turut serta dan akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja saya pada masa yang telah ditetapkan malahan, awal dari jangka masa yang telah diberikan.

Akhirnya, bersyukur pada ALLAH itu saaaangat perlu ye kawan-kawan. Saya takkan mengalami perjalanan yang begitu mudah ini tanpa kehendak dan keizinan-NYA. Syukran Ya ALLAH.. Alhamdulillah ~




Jaga Baru keee?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sari berita penting : pada pagi tadi, lebih kurang jam 8.23 pagi, saya telah mendapat panggilan telefon dari Puan Maheran untuk membantunya men'swap' kad pekerjanya bagi memberi laluan kepada pensyarah kampus lain untuk masuk dan parking di kawasan Fakulti.

Yela..pensyarah kampus lain tak boleh masuk. Ada yang parking kattepi-tepi jalan je..kasihan mereka kan. Kereta dah la cantik-cantik, besar-besar.. Nanti kena langgar ke, tercalar ke, tak ke naya je tu.. Lagipun demi menjaga kebajikan mereka serta layanan mesra alam. Ok lah, tak kesah la pasal tu semua kan. Memang mereka patut diberi layanan yang tip top sebab mereka kan tetamu.. Kita perlu memuliakan tetamu.. sifat terpuji tu..

Walaupun saya malu, tapi saya tetap menggagahkan diri untuk jadi jaga sementara di situ, saya berdiri je tercegat kat tepi tu, sambil buat muka comel-comel sikit..hehe~ Mula-mula saya duduk tepi dulu, kalau agak-agak ada yang tak boleh swap kad mereka baru saya tolong. Tapi, adalah sorang mamat ni kan, saya tak tahu la lecturer ke tak. Bukan main sombong, senyum pun tak, muka berlagak giler, pandang saya dengan muka 'paiseh' dia.. Nasib baik la saya ni ayu.. Kalau tak, dah lame saya tarik dia keluar then sepak-sepak muka dia, sekei-sekei kepala dia sampai berlekuk! huhu~ Apa? Awak janganlah perasan handsome sangat bro! Kalaupun awak tu handsome dan menjadi idaman Malaya pun, insyaALLAH saya takkan terpikat kat awak. Adess..tengok, saya da mengumpat orang.. Kan amalan yang tak baik tu..

Moral yang saya nak cakap kat sini, senyum la.. senyum tu kan sedekah.. Walaupun saya mengaku, muka saya agak ketat.. dan ramai junior sekolah saya pada asalnya tak berani nak tegur dan takutkan saya sebab diorang kata muka saya garang..aishh..tak tahu ke kakak senior diorang ni punya lah ayu, baik hati, sopan santun, lemah lembut..(puji diri sendiri!) huhu~

Ok, abaikan tentang perkara di atas..Now, kita teruskan lagi..Kawan-kawan semua tak tahu ke?? Senang-senang je kita nak dapat pahala. Senyum pun da dapat pahala. Bukan susah pun nak senyum, mudah je.. Senyum awet muda taw.. Jadi, nasihat saya, senyumlah selalu. Dengan senyuman, akan menyejukkan hati orang di sekeliling kita. Orang yang penat pun jadi ceria, orang nak marah pun jadi tenang, orang yang memberikan pertolongan akan terasa diri dihargai dan pertolongannya berbaloi..


~Senyum seindah suria yang membawa cahaya,

Senyumlah dari hati duniamu berseri,

Senyum umpama titian dalam kehidupan,

Kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum~

(sedikit bait-bait dari lagu lama, tak tahu lagu apa)

Senyum itu sedekah.. kan kawan-kawan.. Tapi janganlah pulak senyum memanjang tak tentu pasal.. sampai dalam tidur pun dok tersenyum-senyum,, tu parah tu!

Ok, jam 9.30 pagi saya menamatkan jawatan sebagai jaga sementara..
Now, continue your work.. Many things to do! Selamat bekerja buat semua.. (^_^)

Sunday, July 17, 2011

hati oh hati

Susah sungguh nak menjaga hati kan?
kerana hati, boleh jadi tersentuh hati, terasa hati, sakit hati, kecik hati, besar hati, dan berbagai-bagai hati lagi.. tapi hati yang saya nak cakap untuk post kali ini mengenai pilihan hati..

Ada seorang akhwat ni, dia mempunyai dua pilihan dan selalu luahkan pada saya, mana satu yang patut dia pilih sebagai teman hidupnya. Saya bertanya mengenai kedua-duanya dan dia menceritakan kelebihan dan kekurangan kedua-duanya. Hurm..saya minta supaya dia meninggalkan kedua-duanya dan buat solat istikharah supaya diberi petunjuk dari ALLAH swt mana satu calon pilihan terbaik buatnya. Kebergantungan kita terhadap ALLAH perlu dalam membuat keputusan demi agama, keluarga dan masa depan. Dalam pemilihan calon suami, bukan boleh pakai main tangkap muat je. Apa yang penting adalah agamanya, solatnya,fikrahnya dan yang sewaktu dengannya. Sealim mana pun seorang perempuan itu, jika dapat seorang suami yang tak boleh membimbing isterinya, tak solat dan seumpamanya, akhirnya isteri itu akan kecundang jua. Ini bukan omong-omong kosong. Saya takkan penat-penat nak type kat sini kalau perkara ini tak pernah berlaku. Seorang gadis, hafizah, penghafal Al-Quran, bertudung labuh dan sebagainya berkahwin dengan seorang lelaki kaki lepak dan sebagainya. Pada awalnya, wanita tersebut berharap agar dia dapat membawa suaminya ke arah kebaikan. Tapi, apa yang berlaku pada akhirnya? Wanita tersebut hilang tudung labuhnya, jubahnya. Kini tinggal seluar jeans ketatnya, baju sendatnya dan rambutnya yang berwarna. Nauzubillah..

Maka, sebab itu la lelaki itu dinamakan sebagai ketua yakni seorang pemimpin. Suami lah yang akan mencorakkan bagaimana mahu membina keluarganya. Dialah yang akan memikul tanggungjawab mendidik anak dan isteri maka beruntunglah mereka yang dikurniakan keluarga yang terbina dari asas agamanya. Untuk memilih pasangan tak perlu nak yang handsome bergaya, cukupla penyejuk mata dan penawar hati. Tak perlu lah harta yang menggunung tinggi asalkan makan pakai cukup dan tidak hidup meminta-minta. Yang penting, agamanya dan bimbingannya untuk membawa kita mengecapi syurga idaman. Insya-ALLAH..

Saya berharap akhwat tersebut dapat membuat keputusan yang terbaik dalam membina masjid dan hubungan yang diredhai ALLAH. Semoga beliau dikurniakan seorang suami yang soleh dan mampu untuk membahagiakannya. Semoga hidupnya dilimpahi keredhaan dan rahmat kasih sayang ALLAH.. insyaALLAH, amin.

Design banner~

Semalam, after berbengkel photoshop tu peserta dikehendaki untuk design banner. Kira dikira sebagai pertandingan jugalah. Saya tak nak masuk. Memang sungguh-sungguh kekeringan idea.. Tapi perasaan bersalah tu still jugak lah ada..

Saya minta mimi wakilkan tanya pada ketua dia boleh tak agak-agaknya kalau saya tak nak masuk pertandingan tu? Nak tahu apa jawapan dia?? " Suka hati lah, kalau dah rasa pandai, tak payah la buat" ..perghh..memang betul-betul tertusuk ke hati saya! makan dalam tu..huhu~

Akhirnya saya buat la juga..ni la hasilnya berbekalkan sisa-sisa masa yang ada.. saya kan start lambat.. dah tu pulak, nak perah otak fikir idea nak buat camane dengan hanya menggunakan material yang diberikan sahaja.. Bukan nak menyalahkan masa juga keadaan sekeliling. Segalanya berpunca dari masalah saya sendiri kan.. Kelemahan saya sendiri. Saya berharap saya akan dapat memperbaiki kelemahan diri saya untuk tampil lebih bagus untuk masa-masa akan datang.. InsyaALLAH, amin... (^_^)

Aissshhh....main-main ea??!!

Alhamdulillah, elok je saya tekan butang full stop untuk post "elektrik owwhhhh elektrik" sebelum ni, terus kipas berpusing dan lampu menyala... saje je kan nak bagi suspen kat saya.. aisshhh.. elektrik pun da pandai main-main sekarang ni. Macam tahu-tahu je saya cakap pasal dia..hehe~

Aik? siapa yang tahu sebenarnya tu? Allah la lebih mengetahui segala apa yang tidak kita ketahui kan..

Jadi, segalanya perlu berbalik kepada Maha Pencipta kita. Subhanallah.. (^_^)

elektrik owwhhhh elektrik!!

12.01 pm

Assalamualaikum wmt wbt..

Ok,, sekarang ni di kolej Mawar yang teerrrrchenta ni tiada elektrik ya. Duduk la saya keseorangan dengan level yang gelap dan kepanasan. Nasiblah hari ni da mandi pagi-pagi lagi. Kalau tak, mandi la saya dalam keadaan yang gelap walaupun di siang hari. Nak buat apa ni? Nak online bukan internet ada pun.. Nak tengok movie, bateri laptop tak mencukupi.. Nak buat banner, perkara yang sama juga. Jadi, berbekalkan bateri yang semput-semput ni saya ambil masa untuk menaip post ni dalam word dulu then nanti bila elektrik da memancarkan sinarnya, saya akan post ke dalam blog. =)

Hari ni saya bercadang ingin merehatkan diri sepuas-puasnya tapi tak boleh nak rehat da. Waktu sekarang ni sahaja sudah cukup membuatkan saya keletihan untuk meneruskan sesi rehat saya tu. Otak saya sudah mula berputar-putar memikirkan perkara apa yang patut saya lakukan dengan keadaan yang macam ni. Hurmmmm…

Tiba-tiba teringat kelas semalam, ada sepasang suami isteri yang join kelas tu jugak. So sweet kan, kalau saya pun berkesempatan melakukan perkara yang sama. Bila la agaknya masa tu akan tiba.. perkara yang terindah apabila melakukan perkara yang kita suka bersama insan yang halal dengan kita. Pergi belajar sama-sama, ulangkaji sama-sama, join program bersama-sama. Saya teringin sangat nak lalui pengalaman sebegitu rupa. Ramai sahabat saya da melalui pengalaman tu. Saya bila? Mungkin takkan berlaku la kan.. hee~

Ok la,,bateri saya pun da sesak nafas ni. Mana saya nak cari oksigen dia kalau dia da tak boleh nak bernafas terus kejap lagi? Selamat beristirehat di hujung minggu dan melakukan perkara yang berfaedah di masa lapang yang ada ni. Begitu juga dengan saya.. (^_^)

Salam ukhuwah dari saya buat rakan-rakan seperjuangan~

Saturday, July 16, 2011

Ilmu baru, ilmu baru..~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai kawan-kawan..hari ni saya ada belajar ilmu baru taw!
hari ini pagi-pagi lagi rumet saya yang tersayang kejut saya bangun..Rumet saya tanya, saya nak join ke bengkel photoshop tu? adesss... badan letih, otak tak boleh nak fikir, nak pergi ke tak nak? saya bangun solat dulu..sambil gosok gigi pikir, sambil basuh muka pikir, masa kat toilet tu, mimi dengan nabila pulak tanya nak pergi ke tak? adesss..saya tiada jawapan untuk itu..saya cakap, jawapan lepas saya solat subuh.. akhirnya, lepas solat subuh, dengan masa yang hanya berbaki lebih kurang 20 minit, saya pergi mandi dan bersiap..

Waaahhh~ hari ini saya merempit bersama-sama itu kak ngah@nabila.. dia bawak laju..kecut perut saya..saya tahan je kaki ni..lagi-lagi time dia nak belok atau selekoh..so far, saya tak kesah pun, sebab selalu je angah saya bawak laju tapi dengan nabila ni saya seram masa dia nak belok atau selekoh..nasib baik saya tak terbang ke, tercicir ke..kalau tak,sape yang nak tangkap?? sape yang nak sambut??huhu..

Kami konvoi bersama mimi dan seorang sahabatnya diiringi oleh beberapa orang muslimin. Al-maklumlah, kitorang bukan tahu jalan pun.. lagi-lagi saya ni ha,, tahu ikut je,, kalau orang tanye, jangan harap saya tahu, buang air liur je dok tanya kat saya nanti.. Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju walau berpusing-pusing dalam Universiti Malaya tu cari tempat tak jumpa.. Bengkel yang berlangsung dari jam 9 pagi-5 petang memberi input yang sangat bermanfaat, berbaloi sangat-sangat dengan bayaran yang hanya RM5 dan makanan yang sedap-sedap belaka. Saya makan baaaanyaaakkk sangat hari ni..siap bungkus, tapaw bawak balik! hehe~

Mungkin bagi rakan-rakan, eley,,biase je,,photoshop..orang da tahu lame da.. tapi tidak bagi saya kerana saya amat bersyukur. Dikala saya memerlukan bantuan sempena lecturer saya minta saya design banner, Allah hantarkan mimi sebagai pengantara untuk membawa saya join program ni di mana mimi adalah sebagai salah seorang fasi dalam bengkel ni. Allah sangat-sangat memahami jiwa dan apa yang terpendam dalam hati hamba-NYA kan. Ini petanda bahawa ALLAH saaaangattt sayangkan saya. Saya bersyukur sangat! Thank you Allah!

Malam ni saya kesepian dan keseorangan di bilik dan level ni..Baru teringat, dah la budak asasi balik cuti, mimi pula da bertolak ke Kuantan ada program di sana, rumet saya balik rumah minggu ni, kak ngah kerja malam ni..hurm..i'm alone! takpe, Allah ada jaga saya..Cukup je la post buat kali ini, insyaALLAH lain kali sambung lagi.. Take care kawan-kawan..Salam Alaik! (",)

Friday, July 15, 2011

berwajah baruuu~

Assalamualaikum...

hai3 kawan2...heee~ ni la hasilnya..
wajah baru blog saya..walaupun takde pape yang menarik,,mungkin juga tiada yang sudi menyinggahkan diri ke blog saya ni kerana tak sediakan air teh o panas dengan biskut lemak,,

Akan tetapi ye tuan-tuan dan puan-puan, insyaALLAH blog ini akan tetap diteruskan selagi jari-jemariku sedia untuk menari-nari di atas keyboard ni..

InsyaALLAH kalau ada perkongsiaan, akan saya panjangkannya di sini demi berkongsi bersama rakan-rakan sekalian.
Semoga blog ini akan membawa manfaat kepada semua dengan santapan ilmu rohani dan medan dakwah, bukan luahan hati, perasaan, ilusi dan menceritakan tentang diri semata-mata.

Saya ni idok le pandai mengarang atau mengepos benda-benda yang menarik. Tapi insyaALLAH akan cuba. Moga ilmu yang sedikit akan membawa manfaat kepada semua. InsyaALLAH~

Thursday, July 14, 2011

memperbaharui blog

oleh kerana saya sudah lama tak berkecimpung dalam blog bagai ni,, rasanya seperti mahu memperbaiki blog yang tak semenggah ni.. akan tetapi ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian, persoalannya ialah bila? dan bagaimana?

haaaaaa...itu la jawapan yang saya masih lagi tak tahu dan belum mendapatkan jawapan yang pasti..tetapi,,yang pasti dan sepasti-pastinya ialah : KITA TUNGGU.......~

nanti la,, saya pun takde masa yang sesuai nak belek blog bagai ni..dalam erti kata lain, "tak kose den!" ..memang saya tak berkuasa pun,, Allah sahaja yang berkuasa..betul tak kawan-kawan?

tunggu jela bila saya mempunyai lapang untuk dihabiskan kerana lebih afdhal rasanya buat perkara yang lebih berfaedah sepertinya membaca ma'thurat ke, membaca buku cerita tentang pejuang Islam ke, memperkasakan diri dengan pelbagai ilmu yang tak penuh lagi di dada dari menghabiskan begitu sahaja kan? kan? kan?

okeeeyyyy~ saya saje je nak mengarut-ngarut tak tentu pasal dalam ni..take care kawan-kawan..
selamat memperjuangkan Islam yang tercinta.. ISLAM is THE WAY of LIFE!! Takbirrr!!!

sakit kapla tampal koyookkk

Adehh! sakit kepala saya ini! berdenyut..nyutt..nyutt..nyutt...mata saya sakit, rase macam nak terjojol keluar je..Seharian menghadap komputer, 8pagi-5petang.. sambung pulak 5petang-11malam. 5 hari seminggu! Manelah tak rasa macam nak termuntah! Muak tahu tak? Tapi tu la,, still lagi nak bukak.. macam mane la boleh tak bukak, da ade depan mate ni ha? Nasib baik sabtu dengan ahad cuti.. kalau tak, balik kampung nanti mau lebam bijik mata saya ni..

Seriously saya pening sebenarnya..hurm...macam mane ye saya nak cari idea nak buat banner ni..?
Kat celah manela agaknya saya nak korek idea ni.. Sekarang memang tak boleh nak fikir la,, balik ni je kejap lagi mesti lepas je solat saya terbongkang tidur sampai esok pagi.. Tiap-tiap malam tak join tidur dengan mimi and peah.. maaf ye kawan-kawan..

Tuesday, July 5, 2011

mahu belajar..

waaa... saya dipaksa untuk menulis dalam blog ni..
ape nak jadi?? saya adalah manusia yang paling tak reti nak mengarang cerita!

tapi takpe,, ini adalah peringkat permulaan
atau bak kata 'guru' yang saya sendiri berkeras nak lantik die dok ajar saya, ni STEP 1..

hurm..Step 1...

jangan melawan cakap cikgu..kate nak pandai..