Pages

Saturday, December 6, 2014

Pengalaman mengandung

Semalam dalam kereta entah macamana berborak dengan suami, boleh pulak bukak cerita pasal fasa-fasa awal mengandung kan..saya ni memang suka bab bercantik-cantikan ni tapi sejak awal mengandung aritu memang tak payah cakap la, memang serabai habis.. haha.. kalau ikutkan nak je mintak suami belikan tudung sarung banyak-banyak, tak larat nak gosok tudung. Mujur baju kerja T-Shirt seragam company je..

Mual dan pening tu memang tak payah nak cakaplah, bau satu benda pun tak boleh.. bau ubat gigi tak boleh, bau sabun mandi tak boleh, bau minyak wangi tak boleh, bau rokok yang memang sejak azali tak suke bau tu, lagilaaaa..dari jauh lagi da boleh bau! hidung ni jadi sensitif yang amat..bau makanan tak boleh..semua serba tak kena..sampaikan bau suami sendiri pun tak boleh (minta maaf ye sayang, saya bukan nak pun benda ni berlaku.. hihi)

Rase stress juga sebab buat kerja pun takde mood..tak larat yang amat..jeles dengan orang yang rilek je time pregnant..kita ni jadi melepek dan mood swing..pastu dengan keadaan sekeliling ada yang tak faham keadaan kita ni macamana, sampaikan ade suara-suara yang tak enak cakap "alahai, orang lain pun mengandung jugak!".. hmm.. itu no komen la..Allah tak uji dia dengan benda-benda yang kita lalui, mungkin fasa mengandung dia tak seteruk fasa kita..Moga Allah ampunkan dosa dia..kita pun bukannya nak kan? ade orang mengandung mudah, ada orang yang mengandung macam-macam alahan..so anda kena faham, bukan semua pengalaman orang mengandung sama dan jangan samakan apa yang anda rasa dengan ape yang orang rasa..

Walaubagaimanapun, saya sangat bersyukur,,Alhamdulillah, suami dan keluarga sangat memahami dan bagi dorongan kuat..ikutkan memang nak cuti 3 bulan tanpa gaji je! Terima kasih suami beri kekuatan yang tak terhingga dan selalu memotivasikan diri ini.. tak lupa juga buat abah dan mak dan ahli keluarga serta keluarga mertua..I love you all..memang betul, ada situasi yang hanya orang-orang tersayang dan yang terdekat je memahami especially suami dan family.

Makan pulak, takde la nak mengidam sangat pun..tekak ni lebih banyak tak lalu makan dari lalu makan..tapi kekadang tu kalau nak makan something, tak hingat..nak makan ikan bakar la, bubur ayam la, nasi lemak kukus la..nampak cam simple, tapi bile time nak tu lah jarang ada or tak jumpa..kalau jumpa pun lambat..saya pun takdela nak beriya sangat..sekadar teringin je.. hihi~ suami cakap nasib baik la tak mintak daging kijang ke, daging unta ke.. ngee~

Lepas 3 bulan masuk ke 4 bulan alhamdulillah morning sickness beransur pulih dan boleh jalani rutin harian dengan normal.. kini saya rasa lebih ceria! hihi~ 

Ok, sepanjang pregnant ni anda boleh la dapatkan SET KEHAMILAN anda untuk membantu anda lebih sihat dan bayi anda berkembang dengan lebih baik..


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di gambar :)
ALAMAK!! gambar keciklah pulak..
Ok, la.. ni contact number (Call/SMS/Whatsapp : 012-3473350)

Nite dear :)

No comments: