Pages

Thursday, February 19, 2015

Bahaya Hamil Anggur?

Siapa tidak bahagia jika disahkan hamil setelah sekian lama menanti sebagai bukti cinta dan kasih pasangan suami isteri. Tetapi bagaimana pula jika kandungan itu hanyalah "Hamil Anggur"?

Tahukah anda apa itu "Hamil Anggur"?

Hamil anggur adalah keadaan dimana janin yang dikandung tidak berkembang dengan sempurna sepertimana yang diharapkan.

Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya berkata, kehamilan anggur ialah hamil yang tidak menjadi dimana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu seperti anggur.

Katanya, "Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda-tanda kehamilan yang melampau seperti muntah teruk dan akhirnya mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena."

Seharusnya perlu diingatkan kepada kaum wanita agar berhati-hati kerana kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangka masa panjang yang serius jika tidak mendapat rawatan segera dan pemantauan berkala. Kajian terkini mendapati wanita yang kekurangan Vitamin A (Karoten) lebih cenderung mendapat kehamilan anggur ini dan ianya berlaku kira-kira 1 dalam 1,500 kehamilan dilingkungan umur antara 20 atau lebih 35 tahun.

Kehamilan anggur berlaku apabila terdapat masalah dengan maklumat genetik yang terletak di kromosom dalam telur tersenyawa. Kebiasaannya, telur yang disenyawakan oleh kehamilan normal mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu tetapi berbeza pula dengan kehamilan anggur, terdapat kelainan dimana pembahagian sel tidak berlaku dengan sempurna.


Rujukan : 
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140706/kn_02/Bahaya-hamil-anggur#ixzz3A68NYR77

No comments: