Pages

Saturday, April 25, 2015

Anakku sayang

Mum-in-law tanya apa perasaan dah ada anak? Hoho.. ku hanya mampu tersenyum dan jawab “entahla maakkk..kadang-kadang macam tak percaya yang dah ada anak..sometimes macaaamm oh, ok, da ada anak daaahh.. hihi”. Mum-in-law cakap macam tu lah perasaan mak kita.


Sekejap je masa berlalu..rasa macam baru semalam Aufa ada dalam perut umi.. rasa nak masukkan Aufa dalam perut balik..sentiasa bersama ke mana sahaja..sekarang tengah berfikir, kurang dari sebulan lagi nak habis cuti berpantang..mesti umi rasa rindu kat Aufa bila da start kerja nanti..sejujurnya, saya ingin menjadi orang pertama yang tahu perkembangan Aufa..semoga Allah perkenankan untuk saya menjadi suri rumah bekerjaya suatu hari nanti dalam masa yang terdekat..Aamiin~


Sebab tu salah satu usaha saya buat masa ni saya bernekad mahu susukan Aufa sehingga umurnya 2 tahun..(semoga Allah permudahkan dan perkenankan)..semoga dengan usaha kecil ini sedikit sebanyak mendekatkan hubungan ibu dan anak (bonding-time) especially masa direct BF kan Aufa..


Saya consume Set Menyusu Shaklee sebagai usaha untuk menjayakan misi ni.. bagi mommies yang dah usaha macam-macam untuk tambah susu, tapi masih belum nampak hasilnya, jangan down dan jangan bimbang..setiap anak ada rezekinya masing-masing..susu tak semestinya banyak yang penting berkualiti dan boleh buatkan anak puas dan kenyang..sentiasa doa semoga Allah beri rezeki susu yang mencukupi untuk anak kita..aamiin~ insyaAllah, Allah perkenankan J yang penting kita berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak kita..

Di sini saya kongsikan salah satu tips untuk tambah susu, sentiasa pam susu..lagi-lagi kalau anak tak hisap..jangan biarkan sampai jadi bengkak susu! Ibaratkan macam flush..bila kita tarik, air akan keluar dan tong akan kosong..so after that air akan bertambah semula, rite?

Macam tu juga dengan formula penghasilan susu..bila payudara kosong, signal akan hantar ke otak untuk hasilkan lebih banyak susu..amalkan konsep demand-and-supply..semakin banyak permintaan, semakin banyak pengeluaran..susukan anak 2-3 jam sekali atau jika anak tidak mahu menyusu, sila pam..

Selamat menyusukan anak sehingga 2 tahun!

Semoga kita sama-sama Berjaya! Aamiin~ J

No comments: