Pages

Sunday, August 7, 2011

Alangkah nikmatnya~

Okaylah, oleh kerana sejak dua menjak ni asyik cakap pasal cinta, cinta, dan cinta..Mesti agak bosan kan? Kita tutup cerita tentang cinta dan kita buka lembaran baru. Kali ini saya nak cerita tentang kenikmatan pulak la kan..

Nikmat? Pasal nikmat apa pulak ni? Mesti ada yang tertanya-tanya.. Sebelum saya memulakan, marilah kita sama-sama bersyukur kerana Allah masih lagi memberi kita peluang untuk merasai nikmat bernafas, nikmat bercakap, nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat berjalan dan yang penting sekali, nikmat Iman dan Islam..

Cuba bayangkan bagaimana agaknya kita bangun-bangun sahaja dari tidur, Allah tarik nikmat kita?? Seperti contohnya, kita bangun dari tidur kita nampak gelap gelita! Tidak nampak apa-apa. Allah tarik nikmat melihat kita. Tentulah kita rasa sedih bukan? Jadi, gunakanlah nikmat yang Allah beri ini sebaik-baiknya. Ingatlah, tujuan utama kita dihidupkan.. Allah tidak menjadikan kita dengan suka-sukanya sahaja. Pasti ada tujuannya. Jadi matlamat kita hidup adalah kerana Allah.

Sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Mu'minun yang bermaksud : " Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami??" (23:115)

Saudaraku sekalian.. Apakah tujuannya kita dijadikan? Apakah tugasan kita di atas muka bumi ini? Adakah untuk berfoya-foya? Membuat kerosakan dan sebagainya? Masya-Allah..

Marilah sahabat, rakan taulan, ikhwah dan akhawat sekalian, kita mentadabbur surah Al-Mu'minun yang telah terpahat tentang kejadian kita, kebesaran Allah dan tujuan kita dijadikan. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan Rahmat yang tersimpan 1001 kebaikan yang tidak akan kita perolehi dalam sebelas bulan yang lain, kita bersama-sama berusaha untuk mencari keredhaan Allah dan menuju ke arah kebaikan. Bayangkan, betapa lamanya kita nak menantikan sebelas bulan yang akan datang jika kita melepaskan peluang Ramadhan yang kita sedang hadapi dan terbentang di depan mata sekarang ni? Sementara kita diberi peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ini, sama-samalah kita manfaatkan sebaik mungkin. Ayuh sahabatku sekalian, rebutlah dan berlumba-lumbalah dalam melakukan amal di Ramadhan yang kita kecapi ini. Betapa sayangnya Allah pada hamba-NYA dengan menyediakan bulan Ramadhan ini khas wahai sahabatku, khas untuk kita!! Ya ALLAH.. tak terkira nikmat pahala berganda-ganda yang disediakan sahabatku..

Jika nak dibandingkan bagaimana sambutan umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan ni wahai sahabatku sekalian, Masya-Allah, jauh berbeza dan betapa kerdilnya kita di kelompok berjuta malahan berbilion manusia Islam di luar sana. Mereka berlumba-lumba mempelajari Bahasa Arab untuk mendalami Al-Quran, mereka solat di tepi-tepi jalan berjemaah supaya tidak ketinggalan beramal ibadah kepada Allah, mereka mengimarahkan masjid, bersolat sunat, bertadarus, menangis-nangis memohon keampunan dan berbagai-bagai cara lagi untuk mengejar nikmat Ramadhan ini. Ya ALLAH..betapa jauhnya dan betapa kerdilnya kita..

Cuba kenangkan kembali bagaimana zaman Rasulullah, para sahabat dan umat Islam terdahulu menyambut Ramadhan. Mereka terlalu rindukan Ramadhan, ternanti-nantikan Ramadhan, tidak sabar ni nak menyambut Ramadhan! Sehingga menangis ketika Ramadhan hampir meninggalkan mereka. Tetapi kita? Asyiklah duduk menghitung hari membilang jari mengira bilakah Hari Raya akan menjelma. Sehinggakan ada yang Ramadhan pertama lagi sudah sibuk memasang lagu raya!

Ingatlah sahabatku sekalian, umur kita bukan di tangan kita dan bukan kita yang tentukan. Ubun-ubun kita dalam genggaman Allah swt. Mungkin hari ini kita bersua, esok lusa atau sekejap lagi belum tentu. Di samping ini saya mengingatkan diri saya sendiri juga yang seringkali lalai dan leka. Saya percaya sahabat sekalian lebih baik amalnya dibandingkan saya. Jika ada salah dan silap, saya mohon sahabat sekalian sudilah menegur saya agar dapat diperbetulkan. Saya juga manusia biasa yang banyak kekurangan. Semoga post ini memberi manfaat kepada saudara saudari sekalian. Insya-Allah..

Kepada para sahabat yang masih belum berbuat apa-apa, mulakanlah dari saat ini. Insya-Allah, masih belum terlambat.

Salam Ramadhan dari saya (^_^)

No comments: