Pages

Tuesday, July 19, 2011

saya selesema chekkguu!!

Assalamualaikum,, kaifa haluk? iman di dada bagaimana pula?
hari ni da bace ma'thurat? da terlanjur cakap pasal ma'thurat ni teringat masa zaman kana-kanak dulu masa awal-awal masuk sekolah menengah. Saya masuk sekolah asrama.. Jadi ada satu petang tu kakak AJK Ibadah minta adik-adik junior yang baru masuk yang comel-comel dan sweet-sweet ni berkumpul selepas solat asar berjemaah di surau. Saya tanya pada kawan saya, "kakak ni nak suruh buat ape?". Kawan saya jawab, "entah, dia nak suruh kita baca ma'thurat".."ma'thurat?" saya tanya sendiri dalam hati.. Saya fikir, agaknya sebab kami adik-adik yang baru masuk ni mestilah rindukan ibubapa masing-masing kan? Jadi kakak ni nak suruh kita tulis surat untuk mak dan baca! Aduh, saya malu la nak baca dan nak tulis apa ni? Otak saya ligat berputar. Tiba-tiba kawan saya hulurkan sebuah buku kecil nipis berwarna ungu untuk di 'pass'kan pada kawan-kawan yang lain. Saya belek buku kecil tu dan baca kulit buku tersebut : "MA'..THU..RAT..!" ..saya tersengih sendiri. Nasib baik saya tak cakap dengan kawan saya apa yang saya fikirkan sebentar tadi.. buat malu je..!

Mane taknya, saya manalah tahu ada kitab tersebut.. yang saya tahu Yaasin sahaja. Bersyukur saya dimasukkan ke sekolah tersebut. Ilmu yang saya tak tahu bertambah. Dan saya belajar untuk berdikari dan duduk berjauhan dari ibubapa dan keluarga. Hari-hari saya menangis dan nak balik. Saya iri hati juga dengan kakak-kakak dan abang saya. Mereka tak pernah tinggal di asrama. Setiap petang juga ibubapa saya datang melawat. Sampai kakak-kakak senior naik tak suka dengan saya konon saya mengada sangat! Tiap-tiap petang mesti akan dengar nama saya di'announce' ibubapa datang.. Kadang tak payah announce diorang sedia maklum da itu parents saya, terus je panggil kat bilik.. Hehe.. dah la tiap-tiap petang datang, lepas tu saya hari-hari telefon. Jadual telefon mengikut tingkatan dan masa-masa yang ditetapkan untuk telefon habis semua saya langgar..Ada saya kesah? janji saya dapat cakap dengan family saya..hihi..

Lama kelamaan saya biasa dengan hidup berjauhan dari keluarga sehingga kini. Dalam adik beradik, saya lah yang paling banyak tak menghabiskan masa bersama keluarga dan jarang ada di rumah.

Hari ni saya rasa tak sedap badan dan rasa nak demam. Mungkin kurang rehat dan sebagainya. InsyaALLAH, kawan-kawan doakan saya cepat sembuh ya.. Kawan-kawan yang lain sila jaga kesihatan. Jaga diri.~

2 comments:

slaveofALLAH said...

nanti tulis la "ma'thurat" untuk sy..k ...hehehehe

Radhiah Abu said...

hehe~ tak baik taw!