Pages

Sunday, July 17, 2011

hati oh hati

Susah sungguh nak menjaga hati kan?
kerana hati, boleh jadi tersentuh hati, terasa hati, sakit hati, kecik hati, besar hati, dan berbagai-bagai hati lagi.. tapi hati yang saya nak cakap untuk post kali ini mengenai pilihan hati..

Ada seorang akhwat ni, dia mempunyai dua pilihan dan selalu luahkan pada saya, mana satu yang patut dia pilih sebagai teman hidupnya. Saya bertanya mengenai kedua-duanya dan dia menceritakan kelebihan dan kekurangan kedua-duanya. Hurm..saya minta supaya dia meninggalkan kedua-duanya dan buat solat istikharah supaya diberi petunjuk dari ALLAH swt mana satu calon pilihan terbaik buatnya. Kebergantungan kita terhadap ALLAH perlu dalam membuat keputusan demi agama, keluarga dan masa depan. Dalam pemilihan calon suami, bukan boleh pakai main tangkap muat je. Apa yang penting adalah agamanya, solatnya,fikrahnya dan yang sewaktu dengannya. Sealim mana pun seorang perempuan itu, jika dapat seorang suami yang tak boleh membimbing isterinya, tak solat dan seumpamanya, akhirnya isteri itu akan kecundang jua. Ini bukan omong-omong kosong. Saya takkan penat-penat nak type kat sini kalau perkara ini tak pernah berlaku. Seorang gadis, hafizah, penghafal Al-Quran, bertudung labuh dan sebagainya berkahwin dengan seorang lelaki kaki lepak dan sebagainya. Pada awalnya, wanita tersebut berharap agar dia dapat membawa suaminya ke arah kebaikan. Tapi, apa yang berlaku pada akhirnya? Wanita tersebut hilang tudung labuhnya, jubahnya. Kini tinggal seluar jeans ketatnya, baju sendatnya dan rambutnya yang berwarna. Nauzubillah..

Maka, sebab itu la lelaki itu dinamakan sebagai ketua yakni seorang pemimpin. Suami lah yang akan mencorakkan bagaimana mahu membina keluarganya. Dialah yang akan memikul tanggungjawab mendidik anak dan isteri maka beruntunglah mereka yang dikurniakan keluarga yang terbina dari asas agamanya. Untuk memilih pasangan tak perlu nak yang handsome bergaya, cukupla penyejuk mata dan penawar hati. Tak perlu lah harta yang menggunung tinggi asalkan makan pakai cukup dan tidak hidup meminta-minta. Yang penting, agamanya dan bimbingannya untuk membawa kita mengecapi syurga idaman. Insya-ALLAH..

Saya berharap akhwat tersebut dapat membuat keputusan yang terbaik dalam membina masjid dan hubungan yang diredhai ALLAH. Semoga beliau dikurniakan seorang suami yang soleh dan mampu untuk membahagiakannya. Semoga hidupnya dilimpahi keredhaan dan rahmat kasih sayang ALLAH.. insyaALLAH, amin.

No comments: