Pages

Wednesday, July 27, 2011

Rezeki datang bergolek-golek~

Alhamdulillah, saya tersandar kekenyangan.. Alhamdulillah juga duit dapat dijimatkan hari ni.. Sepenuhnya! saya menyengangkan perut saya tanpa mengeluarkan duit.. itulah namanya rezeki ALLAH..kan kan kan...huhu~

Pagi tadi saya dijamu dengan bihun goreng.. Lepas tu tengah duduk-duduk kat dalam ofis terasa perut ni berkeroncong pulak kan.. Tiba-tiba che' peah datang bawak nasi lemak! wahaha~ saya suka saya suka.. makan lagi..

Petang sebelum balik dari kerja dalam kepala ni dah dok merencana mahu makan apa nanti.. Masa nak punch kad, Kak Za ajak makan bihun sup pulak!! waduh..rezeki rezeki.. saya tibai tiga mangkuk sekali!! Siap ajak adik-adik yang lalu kat situ makan sekali.. Sudahnya adik-adik tu ajak geng-geng dia semua..berduyun tiba! Siap ada yang bawak mangkuk pun ada..bungkus..licin!

Tahu tak apa yang berlaku selepas tu? Cik-cik cleaner semua buat kerja menghempas-hempas barang menunjukkan protesnya.. sebab?? sebab tiada makanan yang tinggal untuk mereka.. Maafkan saya, bukan salah saya.. Kesian che' peah.. tak pasal-pasal kena marah dengan cik cleaner tu sewaktu saya menguruskan pelajar kat dalam bilik siber..sabor je la! ..manusia owh manusia...huhu~

sekian sahaja dari saya yang kekenyangan .. wink wink ^_*

No comments: