Pages

Monday, July 18, 2011

Ilmu ALLAH telah dimanfaatkan

Alhamdulillah, ilmu ALLAH ini telah saya manfaatkan dengan menyiapkan tugasan yang diberi. Pada jam 2.05 petang tadi saya telah berjaya create banner setelah beberapa kali percubaan sejak jam lebih kurang 9 pagi tadi. Selesai sahaja, saya terus e-mailkan kepada lecturer berkenaan dan responnya OK.. Ok je? Aishhh…Takpela, ok la tu..bersyukur dia nak respon dari takde pape respon kan? So, takdela saya nak pening kepala lagi kan.



Sebenarnya, saya rasa bersyukur juga bila lecturer ni minta saya buat benda di luar jangkaan saya ni.. Sebab, saya berjaya menambah ilmu. Kalau tak, rasenya tak mungkinlah saya akan ikut kelas photoshop tu walaupun saya memang berminat dalam edit mengedit dan ilmu kreatif ni.

Saya bersyukur kerana segalanya berjalan mengikut flow dan lancar sahaja setakat ni :- lecturer berkenaan minta tolong design banner-mimi jadi fasi untuk bengkel photoshop-saya diajak untuk turut serta dan akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja saya pada masa yang telah ditetapkan malahan, awal dari jangka masa yang telah diberikan.

Akhirnya, bersyukur pada ALLAH itu saaaangat perlu ye kawan-kawan. Saya takkan mengalami perjalanan yang begitu mudah ini tanpa kehendak dan keizinan-NYA. Syukran Ya ALLAH.. Alhamdulillah ~




No comments: