Pages

Sunday, July 17, 2011

elektrik owwhhhh elektrik!!

12.01 pm

Assalamualaikum wmt wbt..

Ok,, sekarang ni di kolej Mawar yang teerrrrchenta ni tiada elektrik ya. Duduk la saya keseorangan dengan level yang gelap dan kepanasan. Nasiblah hari ni da mandi pagi-pagi lagi. Kalau tak, mandi la saya dalam keadaan yang gelap walaupun di siang hari. Nak buat apa ni? Nak online bukan internet ada pun.. Nak tengok movie, bateri laptop tak mencukupi.. Nak buat banner, perkara yang sama juga. Jadi, berbekalkan bateri yang semput-semput ni saya ambil masa untuk menaip post ni dalam word dulu then nanti bila elektrik da memancarkan sinarnya, saya akan post ke dalam blog. =)

Hari ni saya bercadang ingin merehatkan diri sepuas-puasnya tapi tak boleh nak rehat da. Waktu sekarang ni sahaja sudah cukup membuatkan saya keletihan untuk meneruskan sesi rehat saya tu. Otak saya sudah mula berputar-putar memikirkan perkara apa yang patut saya lakukan dengan keadaan yang macam ni. Hurmmmm…

Tiba-tiba teringat kelas semalam, ada sepasang suami isteri yang join kelas tu jugak. So sweet kan, kalau saya pun berkesempatan melakukan perkara yang sama. Bila la agaknya masa tu akan tiba.. perkara yang terindah apabila melakukan perkara yang kita suka bersama insan yang halal dengan kita. Pergi belajar sama-sama, ulangkaji sama-sama, join program bersama-sama. Saya teringin sangat nak lalui pengalaman sebegitu rupa. Ramai sahabat saya da melalui pengalaman tu. Saya bila? Mungkin takkan berlaku la kan.. hee~

Ok la,,bateri saya pun da sesak nafas ni. Mana saya nak cari oksigen dia kalau dia da tak boleh nak bernafas terus kejap lagi? Selamat beristirehat di hujung minggu dan melakukan perkara yang berfaedah di masa lapang yang ada ni. Begitu juga dengan saya.. (^_^)

Salam ukhuwah dari saya buat rakan-rakan seperjuangan~

No comments: